Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan


Konsert Juara Parodi minggu kelima yang bersiaran secara langsung pada malam ini akan digantikan dengan malam penghargaan (tribute) bagi menghormati pemergian pelawak popular, Pak Yus Jambu @ Yussry Edoo yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari Ahad lalu.

'Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan' bakal menghimpunkan kesemua sepuluh kumpulan yang bertanding dalam program tersebut dan turut disertai rakan-rakan artis yang lain. Mereka akan menyampaikan persembahan khas bagi memperingati arwah Pak Yus yang telah lama mewarnai industri seni tanah air. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.