Pertama kali kelima-lima anggota Sepahtu beraksi di atas pentas yang sama untuk menghiburkan anda dengan sketsa lawak-lawak mereka.

Tajuk Episod: Juvana

Artis Jemputan: Angah Raja Lawak




Drama bersiri genre romantik komedi ini mengisahkan seorang pemuda bernama Muammar (Niezam Zaidi) yang ingin bercinta dengan seorang gadis bernama Rose (Farah Nabila) tetapi diberikan syarat oleh gadis tersebut untuknya mencari 3,000 kuntum bunga. Dalam usahanya memenuhi permintaan Rose, Muammar menghadapi pelbagai kisah lucu dan romantik.



Mengisahkan ibu tunggal iaitu Datin Rahmah (Zarina Zainuddin) sibuk mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan dua anaknya, Reffa (Ana Dahlia) dan Riyana (Ayda Jebat).

Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknya.



Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman.